Home

Pengenalan

IZ Frozen adalah seratus peratus syarikat pemilikan bumiputera Islam yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Bagi memudahkan urusan IZ Frozen juga berdaftar dengan Kementerian Keuwangan Malaysia (MOF).

Tujuan

IZ Frozen ditubuhkan bertujuan membekalkan makanan yang diyakini Halal dan Bersih yang kini semakin dikuasai oleh syarikat-syarikat bukan Islam. Dewasa ini sering dilihat di media masa isu-isu berkaitan keraguan status halal dan bersih dalam pembekalan makanan mentah dan makanan beku di Malaysia.

Peranan

IZ Frozen mengeluarkan makanan beku yang dihasilkan bermula dari proses awal seperti penyediaan bahan, pemprosesan dan pembungkusan tanpa melibatkan pihak ketiga. Pemantauan rapi bagi menghasilkan sesuatu produk adalah keutamaan agar pengguna akhir mendapat produk sejuk beku tanpa rasa was-was.

IZ Frozen turut membekalkan ayam sembelih yang yang disembelih berlandaskan syariat Islam. IZ Frozen turut mendapatkan bekalan ayam hidup dari penternak-penternak Islam sahaja, IZ Frozen turut melakukan tinjauan ke ladang-ladang ternakan agar tiada sebarang keraguan terhadap proses ternakan.

No comments:

Post a Comment